Piagam Pelanggan
- Semua pesakit akan diberi rawatan dialisis yang berkualiti iaitu tiga kali seminggu dan setiap rawatan biasa empat jam sekali dan mengikut preskripsi dari Pakar Nefrologi.
- Pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Pelanggan di beri jaminan bahawa segala maklumat dan rawatan mereka akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
- Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan.
- Pelanggan akan diberi temujanji dengan Pakar Pelawat Nefrologi setiap tiga bulan.
- Pegawai perubatan yang menjaga pusat dialisis ini akan melakukan perawatan setiap pesakit pada setiap shif. Dengan ini, segala permasalahan dapat diselesaikan.
Comments