MAKLUMAT AM KESIHATAN BUAH PINGGANG
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.
Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap ke dalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.