Cholesterol & Fat
Paras kolesterol yang tinggi dalam edaran darah merupakan satu faktor risiko untuk penyakit jantung kerana ianya menggalakkan pembentukan mendapan lemak di bahagian dinding saluran darah. Akibatnya, saluran darah akan menjadi sempit dan menyekat peredaran darah.
Amalan yang baik untuk mengawal aras kolesterol darah:
- Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: organ dalaman, kuning telur, telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut
- Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang dan siput)
- Ambil hasil tenusu secara sederhana (keju, susu penuh krim, susu segar)
- Elakkan makanan dengan lemak tepu. (minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak tisu)
- Pilih minyak campuran yang lebih baik. (minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak zaitun, minyak kanola)
- Kurangkan makan diluar
- Tingkatkan makanan tinggi serat “fibre” (roti mil penuh, sayura sayuran, buah buahan dan kekacang)
Comments