Best Care For Best Outcome

Sodium

Pengambilan sodium (garam) berlebihan menyebabkan cecair berlebihan berkumpul dalam tubuh, meningkatkan rasa haus dan meninggikan tekanan darah.

Bagaimana mengurangkan pengambilan sodium?

  1. Elakkan mengambil makanan yang tinggi garam
  2. Kurangkan garam dalam masakan dan semasa makan
  3. Gunakan perencah asli dalam masakan seperti serai, jus limau, herba, cili dan asam
  4. Makan makanan segar, elakkan yang diawet dan diproses
  5. Kurangkan makan diluar
  6. Elakkan dari makan jeruk atau kacang semasa dialisis. Jika merasa loya, makan biskut kering atau roti bakar

Makanan TINGGI garam

  • Bahan perasa – taucu, belacan, asam jawa, serbuk penaik, budu, semua jenis sos
  • Makanan terproses – Burger, sosej, sardin, mayonis, udang kering, sayur / buah jeruk. lobak asin, keropok ikan kering, keju, makanan segera (pizza hut, kfc)
  • Penambah perisa – Ajinamoto, kiub perasa
  • Pati daging / sayur – Marmite, bonox, vegemile

Latest Posts

Itching Symptoms

The renal itch affects 50-90% of patients undergoing dialysis. Symptoms may start before, at the time of the (more…)

Caring For Your Access

Whether your access is a fistula, graft or catheter, you should make sure to take good care of (more…)

Comments

    Tags